KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan kunjungan sempena Tahun Baharu Cina 2025 di kediaman Pengerusi Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS), Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam di sini, hari ini.
Beliau ditemani isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, disambut oleh George Chan serta keluarganya.
Sebelum itu, Abang Johari serta isteri mengunjungi bekas Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Fong Joo Chung serta keluarga di Hotel Waterfront di sini.
Beliau turut mengunjungi kediaman Pengarah Urusan Hotel Waterfront, Dato Steve Ng Thian Yew selain ke kediaman Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pakar Hospital Normah, Dato Dr Au Yong serta kediaman Naib presiden Persatuan Hokkien Kuching, Dato Tan Jit Kee.
Oleh Mohd Neenatul Aizal dan Noor Ikmal