Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Wolves mula pasang impian
  • SUKAN

Wolves mula pasang impian

Utusan Sarawak 5 years ago

FBL-ENG-PR-WOLVES-BOURNEMOUTH

PENYERANG Wolves, Raul Jimenez menanduk masuk gol pembukaan ketika diasak oleh dua pemain pertahanan Bournemouth, Jack Stacey dan Steve Cook pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux di Wolverhampton, kelmarin.• Foto AFP

TEMPAT kelima masih cukup bagus untuk layak ke Liga Juara-Juara UEFA musim depan bergantung pada keputusan rayuan Manchester City terhadap penggantungan dua musim daripada kejohanan Eropah.

Wolves kekal berkongsi mata dengan Manchester United di tangga kelima setelah meneruskan permulaan semula sempurna dengan kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth.

Sama seperti kemenangan 2-0 di West Ham, Adama Traore dan Raul Jimenez bergabung memecahkan kebuntuan ketika pemain dari Mexico itu berjaya mananduk masuk untuk gol ke-24nya musim ini.

“Kami seperti sebagai sebuah kumpulan dan dapat mencapai apa saja,” kata Jimenez kepada BT Sport. “Kami harus bermimpi besar dan terus mempamerkan persembahan seperti ini,” katanya.

Kekalahan ini terus mengekalkan Bournemouth dalam kelompok tiga pasukan terbawah menerusi perbezaan gol dan kini ada tiga pasukan terikat dengan 27 mata ketika Aston Villa menjaringkan gol lewat apabila  seri 1-1 di Newcastle.

Skuad binbingan Dean Smith tampak bersedia untuk menyesali kegagalan mereka selepas gagal menyempurnakan banyak peluang sebelum separuh masa sebaik Dwight Gayle meletakkan Magpies di depan.

Penyudahan Ahmed El Mohamady hasil sepakan sudut Conor Hourihane menyelamatkan mata berharga.

“Ini mata yang menjengkelkan. Sebahagian besar permainan saya fikir kami adalah pasukan yang lebih baik,” kata bos Villa, Dean Smith. “Kami harus lebih klinikal.”

Segala harapan untuk Norwich menarik diri keluar daripada masalah sekarang kelihatan muram dengan Canaries mengalami kekalahan kedua di tempat sendiri dalam tempoh seminggu.

Michael Keane menjaringkan satu-satunya gol ketika Everton menang 1-0 di Carrow Road untuk bergerak di atas Arsenal di tangga ke-10.

Norwich kekal di tangga teratas, enam mata di bawah zon selamat. – AFP

Continue Reading

Previous: Masih tunggu ujian swab
Next: Formasi Klopp berkesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.