KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula Isnin depan, 27 Januari sehingga Khamis depan, 30 Januari.
MetMalaysia menerusi kenyataan hari ni memaklumkan di Sarawak, ia melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
Keadaan sama juga diramal berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. – Bernama