BELAGA: Kejadian tanah susur dilaporkan berlaku berhampiran Rumah Sekapan Piit di sini pagi tadi akibat hujan berterusan sepanjang malam.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.00 pagi.
“Tanah susur dilaporkan berlaku di tebing sungai berhampiran jalan masuk ke kampung.
“Bagaimanapun, laluan jalan masih dapat dilalui oleh kenderaan,” katanya dalam kenyataan.
Anggota bomba bertindak memasang sawar-sawar keselamatan di kawasan kejadian dan menasihati penduduk rumah panjang agar berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.