BINTANGOR: Seorang pemandu dan kelindan lori cemas apabila lori yang dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan kendiri di Jalan Sungai Padi pada awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.26 pagi.
“Sepasukan bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya di lokasi, didapati sebuah lori terlibat dengan kemalangan kendiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, lori tersebut dalam perjalanan dari Bintulu menghala ke Kuching.
“Tiada tindakan operasi menyelamat dilakukan. Pemandu dan kelindan lori berjaya keluar dari lori sebelum ketibaan pasukan bomba.
“Pasukan bomba hanya membuat pemantauan dan pemeriksaan di lokasi kemalangan bagi memastikan keadaan selamat,” katanya.
Oleh Earl Anek