Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 100 rumah panjang terima dana RM250,000
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih 100 rumah panjang terima dana RM250,000

Utusan Sarawak 4 months ago
UNTUK RAKYAT... Lau (duduk, lapan kiri) merakam kenangan bersama para penerima dana kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat SUPP Sibu Jalan Kampung Datu, hari ini. Turut kelihatan ialah Kevin (duduk, enam kanan)

SIBU: Lebih 100 rumah panjang di kawasan DUN Bawang Assan menerima dana berjumlah RM250,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak.

Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew berkata, separuh daripada dana tersebut disediakan oleh kerajaan Persekutuan dan separuh lagi oleh kerajaan Sarawak. 

“Pemberian saya mungkin tidak banyak, tetapi sebahagian daripadanya akan saya peruntukkan untuk membantu penduduk di Bawang Assan kerana rumah panjang di sini amat memerlukan penambahbaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian dana tersebut di Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sibu di Jalan Kampung Datu, hari ini.

Lau yang juga bekas Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, menggalakkan semua tuai rumah di kawasan tersebut bekerjasama dengan Ketua SUPP Cawangan Bawang Assan yang baharu dilantik, Kaunselor Kevin Lau. 

Berucap sama pada majlis tersebut, Kaunselor Kevin merakamkan ucapan terima kasih kepada Lau di atas kepimpinan SUPP Cawangan Bawang Assan sebelum ini, serta sokongan berterusan beliau kepada rakyat di kawasan itu. 

“Ya, kami akan sentiasa menjunjung semangat beliau (Lau) dan bekerjasama dengan semua penghulu dan penduduk rumah panjang di kawasan ini (Bawang Assan) untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan membawa kemajuan kepada kawasan ini,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat untuk terus menyokong bukan sahaja SUPP Cawangan Bawang Assan tetapi juga SUPP secara keseluruhan, serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Selamat kembali ke pangkuan keluarga setelah sesat tiga hari di ladang
Next: Bomba pindahkan dua keluarga, rumah dinaiki air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.