Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Selamat kembali ke pangkuan keluarga setelah sesat tiga hari di ladang
  • Tengah
  • WILAYAH

Selamat kembali ke pangkuan keluarga setelah sesat tiga hari di ladang

Utusan Sarawak 5 months ago
ELIN berjaya pulang sendiri selepas tersesat di kawasan ladang kelapa sawit. 

MUKAH: Seorang lelaki berusia 46 tahun yang dilaporkan hilang sejak 15 Januari lalu, kembali dengan selamat ke pangkuan keluarganya di Rumah Sebau, Simpang Bukut, Jalan Mukah-Selangau, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Abdullah mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa mangsa, Elin Sebau, tiba di rumah panjangnya sekitar 5.30 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua dimulakan.

“Mangsa dilaporkan tersesat di kawasan ladang kelapa sawit terbiar akibat hujan lebat yang menyukarkannya mencari jalan keluar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menjelaskan bahawa Elin berteduh di bawah pokok selama dua malam tanpa bekalan makanan, hanya bergantung kepada air di kawasan ladang untuk terus bertahan.

“Pada hari ketiga, mangsa berjaya menemui laluan berbukit yang membawanya ke sebuah rumah panjang berhampiran,” tambahnya.

Menurut Muhamad Rizal, keadaan mangsa stabil dan kini menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Mukah.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas keluar mencari ikan di kawasan ladang kelapa sawit.

Laporan kehilangan dibuat oleh anak mangsa, Melissa, pada Khamis selepas usaha mencari oleh penduduk rumah panjang gagal.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Daripada bayar lebih RM180 seorang, ADUN Kabong taja 40 kanak-kanak berkhatan
Next: Lebih 100 rumah panjang terima dana RM250,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.