Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 836 individu terima sumbangan Tahun Baharu Cina
  • Utara
  • WILAYAH

836 individu terima sumbangan Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 4 months ago

MIRI: Seramai 836 penerima bantuan kebajikan di Bahagian Miri  menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina 2025 menerusi program Sejambak Kasih.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah itu, seramai 150 penerima dijemput hadir pada majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina yang diadakan Dynasty Hotel hari ini bagi menerima sumbangan itu dalam bentuk tunai sebanyak RM100 setiap seorang serta hamper makanan bernilai RM150 setiap satu.

“Bagi 686 penerima lain yang tidak dapat hadir, sumbangan tunai akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing,” katanya berucap pada majlis tersebut.

Menurut Fatimah, sebanyak 8,135 penerima bantuan kebajikan berbangsa Cina di seluruh Sarawak akan menerima sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2025 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM813,500.

“Program Sejambak Kasih adalah inisiatif khas Sarawak yang menyemarakkan semangat kasih sayang, perpaduan dan keprihatinan dalam masyarakat.

“Sarawak juga merupakan satu-satunya negeri yang menganjurkan program ini secara konsisten setiap kali perayaan utama,” ujarnya.

Program tersebut merupakan kerjasama bersama Dynasty Hotel.

Pihak hotel  tersebut turut menyumbangkan hamper makanan bernilai RM150 bagi setiap penerima menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan hamper sebanyak RM22,500.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pihak berwajib digesa segera tangani masalah hakisan pantai
Next: Bengkel ‘The Little Eco Warriors: The 3R (Reduce, Reuse, Recycle) Quest’ himpun 600 murid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.