KUCHING: Pasar raya Emart hari ini membuka secara rasmi cawangan ke-16 di pusat beli-belah Boulevard, sekali gus menjadi mercu tanda utama untuk memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang.
Dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan harian, pasar raya Emart Boulevard yang terletak di aras bawah itu membawa konsep rekaan dalaman yang unik dan lebih menarik.
Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan Emart Phang Kang Wai, kehadiran cawangan Emart itu bukan sekadar tambahan tetapi pemangkin transformasi yang mengukuhkan pasar raya itu sebagai hab pinggir bandar yang berdaya maju.
”Rekaan dalaman dan luaran Emart yang berkonsepkan gabungan elemen galaksi atau langit dan juga elemen futuristik dan kosmik yang semestinya lebih seronok, menarik dan berbeza.
”Matlamat kami adalah untuk membawa pengalaman membeli-belah masa depan kepada pelanggan kami dan kami turut memasang banyak lampu di pelbagai ruang dalam Emart ini.
”Lampu LED ini adalah fleksibel dan akan berubah mengikut musim perayaan, misalnya juka musim Tahun Baharu Cina, kita akan pasang mengikut tema yang sesuai dengan perayaan itu dan begitu juga sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Emart Boulevard di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, Emart Boulevard menawarkan promosi eksklusif selama tiga hari pertama sempena pembukaan cawangannya hari ini hingga Ahad ini, merangkumi Jualan Sehari dan tawaran istimewa lain yang akan diadakan sehingga hujung bulan ini.
”Selain itu, Emart Boulevard turut menyediakan dua jam pertama percuma untuk tempat letak kereta bagi pelanggan yang berbelanja sebanyak RM30 atau lebih dalam satu resit.
”Para pelanggan yang mendaftar sebagai ahli Emart dari 17 sehingga 19 Januari 2025 juga berpeluang untuk menerima 300 mata bonus,” tambahnya.
Untuk makluman, pelanggan yang ingin mendaftar untuk kad ahli Emart boleh melakukannya secara dalam talian di https://member.emart.my/register atau mengunjungi kaunter Khidmat Pelanggan Emart Boulevard untuk bantuan lanjut.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi halaman rasmi Facebook Emart di https://www.facebook.com/EmartMalaysia.
Turut hadir semasa majlis pelancaran ialah Pengurus Stor Emart Boulevard Kuching Jap Jong Fan, Pengurus Besar Merchandising Emart Group Steven Low, Pengurus Pejabat Korporat Shin Yang Caroline Ling, Pengarah Urusan Kumpulan – Kumpulan Emart Ngu Ting Sii, Pengarah Eksekutif Shin Yang Derek Ling, Penasihat Kumpulan – Kumpulan Emart Hii Toh Toun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boulevard Karis Lim dan Ketua Pegawai Operasi Boulevard Mall Kuching Cynthia Chia.
Oleh Rynna Sha’erra