BINTANGOR: Pihak bomba berjaya menundukkan seekor ular sawa yang sedang bersantai di halaman rumah di Taman Bintang dalam masa sekitar kurang 22 minit, petang semalam.
Ketangkasan menggunakan peralatan khas seperti penjerut ular membawa kepada kejayaan menangkap reptilia tersebut dalam masa singkat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung khidmat khas ini sekitar 4.06 petang, semalam.
“Respons kepada panggilan kecemasan ini, ketua operasi, Bakar Ujang bersama lima orang anggota bomba bertugas bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, ular sawa itu berada di halaman rumah,” katanya, malam tadi.
Oleh Earl Anek