Pemandu selamat, lori muatan sawit terbakar

Facebook
WhatsApp

MIRI: Sebuah lori bermuatan kelapa sawit terbakar dalam kejadian di Jalan Pan Borneo berhampiran Simpang Ngu, Niah dekat sini, tengah hari tadi.

Bagaimanpun, pemandu lori berusia 48 tahun terselamat dalam kejadian itu.

Lori itu  terbakar ketika dalam perjalanan dari Ladang Imbuk Suai ke Kuala Baram.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah Rary Binjie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 12.01 tengah hari dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran dapat dikawal tujuh minit selepas itu dan dapat dipadam sepenuhnya pada 1.20 petang,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya,kebakaran itu memusnahkan kepala lori kontena kira-kira 40 peratus.

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis