LIMBANG: Beberapa pekerja kedai perkakas di bandar ini panik dan dikejutkan dengan kehadiran seekor anak biawak di hadapan kedai mereka dalam kejadian pada petang semalam.
Sebaik menyedari kehadiran biawak berkenaan, seorang pekerja wanita kemudiannya bertindak menghubungi anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang untuk bantuan menangkap haiwan berkenaan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata sepasukan anggotanya diketuai Lan Koperal (PA) Amirul Matusin bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 5.59 petang.
“Anak biawak kemudiannya berjaya ditangkap dengan kaedah menjerut dan tiada sebarang kecederaan berlaku,”katanya kepada media hari ini.
Jelasnya operasi menangkap biawak berkenaan dilakukan kurang lima minit.
Oleh ADENG EDRUS