BERLIN: Jerman menguatkuasakan perintah berkurung di dua daerah di wilayah barat negara itu susulan penularan wabak Covid-19.
Ia membabitkan lebih setengah juga penduduk Guetersloh dan Warendorf, selepas satu kluster jangkitan baharu dikesan dari sebuah rumah sembelihan.
AFP melaporkan perintah itu adalah pertama selepas pihak berkuasa melonggarkan perintah kawalan.
Ketua Menteri North Rhine-Westphalia, Armin Laschet berkata, ia akan membabitkan 360,000 orang di Guetersloh dan berkuat kuasa sehingga 30 Jun ini.
Selain itu, ia turut membabitkan 278,000 penduduk di Warendorf.
Gulf News pula melaporkan lebih 1,550 disahkan positif Covid-19 di rumah sembelihan Toennies di Rheda-Wiedenbrueck.
Susulan itu, ribuan lagi pekerja dan ahli keluarga mereka diarahkan menjalani kuarantin bagi mencegah penularan virus itu.
Ada laporan mendakwa individu menyalahkan virus itu disebarkan daripada pekerja rumah sembelihan yang berasal dari Eropah Timur.
Susulan arahan terbaharu itu, pawagam, muzium, dewan konsert, kolam renang dalam bangunan dan sauna tidak dibenarkan beroperasi. – AFP