Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Air Canada tergelincir landasan
  • GLOBAL

Pesawat Air Canada tergelincir landasan

Utusan Sarawak 5 months ago

Pesawat Air Canada tergelincir di landasan lapangan terbang Halifax

HALIFAX: Sebuah pesawat De Havilland Canada Dash 8-400, milik Air Canada melakukan pendaratan cemas dan tergelincir di landasan lapangan terbang Halifax berikutan kegagalan komponen pendaratan berfungsi.

Pesawat itu dalam penerbangan dari St. John ke Halifax tergelincir landasan menyebabkan percikan api daripada sayap akibat terseret di landasan pada jam 9.30 malam Sabtu.

Jurucakap Air Canada, Peter Fitzpatrick berkata, pesawat tersebut disyaki mengalami ‘isu komponen pendaratan (tayar)’ yang mana ia tidak dapat sampai ke terminal dan 73 penumpang serta anak kapal berjaya dikeluarkan dari pesawat dan dipindahkan ke bas.

Fitzpatrick berkata, tiada kecederaan berlaku namun seorang jurucakap Royal Canadian Mounted Police (RCMP) memberitahu, terdapat kecederaan ringan.

Sementara itu, Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Stanfield, Tiffany Chase berkata, operasi penerbangan digantung selepas insiden berlaku dan pihaknya menunggu kelulusan untuk menyambung operasi.

Sementara itu, rakaman video memaparkan sayap pesawat terkena permukaan landasan, menyebabkan percikan api semasa pendaratan.

Continue Reading

Previous: Kabus tebal: Gangguan penerbangan di UK dijangka berterusan
Next: Kotak hitam pesawat Jeju Air berjaya diperoleh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.