Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas, dentuman kuat sebaik berlepas
  • GLOBAL

Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas, dentuman kuat sebaik berlepas

Utusan Sarawak 5 months ago

Pesawat mendarat dengan selamat namun tergelincir dari landasan pada kelajuan rendah sebelum berhenti di kawasan berumput di tepi landasan.  

THE HAGUE: Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway pada malam Sabtu, dengan semua penumpang dan kru dilaporkan selamat, menurut syarikat penerbangan Belanda pada Ahad, lapor Xinhua.  

Jurucakap KLM memaklumkan kepada media tempatan bahawa bunyi “dentuman kuat” kedengaran di dalam kabin sejurus selepas pesawat berlepas.

Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Torp Sandefjord, kira-kira 150 kilometer di selatan Oslo.  

Pesawat mendarat dengan selamat namun tergelincir dari landasan pada kelajuan rendah sebelum berhenti di kawasan berumput di tepi landasan.  

Polis Norway mengesahkan bahawa pesawat itu membawa 176 penumpang dan enam kru, semuanya berjaya dipindahkan dengan selamat.  

Menurut jurucakap KLM, semua penumpang telah diberikan kemudahan yang sesuai di lapangan terbang tempatan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.  — BERNAMA-XINHUA  

Continue Reading

Previous: Seorang maut, seorang cedera pesawat ringan terhempas di timur Australia
Next: Kabus tebal: Gangguan penerbangan di UK dijangka berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.