TANJUNG MANIS: Leong Kai Kui dinobatkan sebagai juara pertandingan Mesai Akah Umek Iftitah dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 semalam.
Kai Kui telah berjaya menaikkan ikan sembilang seberat tujuh kilogram (kg) di Pantai Belawai semasa pertandingan tersebut.
Naib juara dimenangi oleh Safarudin Jelani selepas menaikkan ikan pari seberat 3.9 kg dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.
Manakala, tempat ketiga dimenangi oleh Nazry Hanafi setelah berjaya mendaratkan ikan pari seberat 3.5 kg.
Sementara itu, seramai 12 pemancing menerima hadiah wang sagu hati, masing-masing membawa pulang RM100. Kesemua hadiah disampaikan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab.
Pertandingan ini merupakan edisi kelapan dan telah disertai seramai 302 peserta.
Turut hadir, Pengurus Iftitah Restaurant And Resort Belawai, Ibnee Ekni dan Penghulu Kampung Rajang, Abu Seman.
Oleh Earl Anek