Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Filipina sedia bawa pulang warganya, banduan hukuman mati
  • GLOBAL

Filipina sedia bawa pulang warganya, banduan hukuman mati

Utusan Sarawak 5 months ago
PIHAK berkuasa Filipina bersedia membawa pulang Mary Jane Veloso, banduan yang dijatuhkan hukuman mati di Indonesia atas kesalahan menyeludup dadah.

JAKARTA: Pihak berkuasa Filipina bersedia membawa pulang Mary Jane Veloso, banduan yang dijatuhkan hukuman mati di Indonesia atas kesalahan menyeludup dadah, menurut Menteri Penyelaras Bidang Undang-Undang, Hak Asasi Manusia, Imigresen dan Hal Ehwal Penjara, Yusril Ihza Mahendra.

“Sejak semalam, pegawai daripada Kementerian Kehakiman dan polis Filipina telah tiba di sini untuk mempersiapkan perjalanan dia,” katanya di Istana Presiden di Jakarta pada Isnin (semalam), lapor agensi berita ANTARA.

Veloso kini ditahan di Penjara Wanita Pondok Bambu, Jakarta, selepas dipindahkan daripada sebuah penjara wanita di Yogyakarta pada Ahad malam.

Dia dijadualkan berlepas ke Filipina melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten, dengan bantuan Kedutaan Filipina di Jakarta.

Semua dokumen perjalanan dan tiket penerbangan untuk membawa pulang wanita itu telah disediakan oleh Kedutaan Filipina.

Pemindahan Veloso susulan perjanjian praktikal yang ditandatangani antara Mahendra dan Setiausaha Rendah Kehakiman Filipina, Raul T. Vasquez, di Jakarta pada 6 Disember 2024.

Veloso, seorang banduan yang dijatuhkan hukuman mati setelah disabitkan atas kesalahan menyeludup 2.6 kilogram heroin, ditahan di Lapangan Terbang Adisutjipto, Yogyakarta pada April 2010.

Meskipun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Sleman pada Oktober 2010, dia kemudian dikenal pasti sebagai mangsa pemerdagangan manusia. – Bernama – ANTARA

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Import beras Indonesia meningkat 62 peratus dalam 11 bulan  
Next: Taufan Chido ragut 15 nyawa, ribuan hilang tempat tinggal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.