Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Amorim bagi amaran ‘jangan main-main’
  • SUKAN

Amorim bagi amaran ‘jangan main-main’

Utusan Sarawak 5 months ago

Pemain United, Manuel Ugarte cuba menghalang serangan Erling Haaland dari City.

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim memberikan mesej bercampur-campur mengenai keputusannya mengetepikan Marcus Rashford dan Alejandro Garnacho dalam perlawanan derby Manchester awal pagi tadi, tetapi menegaskan ia bukan kerana masalah disiplin.

Keputusan tidak menyenaraikan kedua-dua penyerang itu ketika mereka berdepan Manchester City menimbulkan tanda tanya, walaupun keputusan itu akhirnya menyaksikan United menang 2-1 hasil jaringan lewat perlawanan.

Rashford beraksi selama 56 minit dalam kemenangan 2-1 ke atas Viktoria Plzen pada Jumaat lalu dalam saingan Liga Europa, manakala Garnacho dimasukkan sebagai pemain gantian.

Namun, kelibat mereka tidak kelihatan ketika perlawanan menentang City yang mana kedua-dua hanya menjalani latihan di pusat latihan pasukan pada pagi sebelum perlawanan.

Ditanya mengenai keputusannya selepas perlawanan di Etihad, Amorim dengan tegas menyatakan bahawa keputusan itu “bukan kerana isu disiplin”, walaupun dia menyentuh mengenai piawaian yang diharapkannya di Old Trafford.

“Minggu depan, perlawanan seterusnya, kehidupan baharu dan mereka perlu berjuang untuk merebut tempat.

“Bagi saya, apa yang penting adalah prestasi dalam latihan, prestasi dalam perlawanan, cara anda berpakaian, cara anda makan, cara anda berinteraksi dengan rakan sepasukan dan mendorong rakan sepasukan.

“Semua perkara sangat penting dalam konteks kami. Ia adalah permulaan untuk mengubah banyak perkara.

“Kami perlu meletakkan standard yang tinggi, dan untuk itu mereka perlu berjuang mendapat tempat mereka dalam pasukan.

“Hari ini kami membuktikan kami boleh mengetepikan sesiapa sahaja daripada skuad dan anda boleh menang jika anda bermain bersama.”

Amorim berkata, beliau akan jujur jika ada masalah disiplin dengan mana-mana pemainnya. – AFP

Continue Reading

Previous: Wolves pecat O’Neil
Next: Guardiola semakin pening, City tewas lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.