Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kru kapal warga India dikhuatiri hilang jatuh dari kapal 
  • KEMALANGAN

Kru kapal warga India dikhuatiri hilang jatuh dari kapal 

Utusan Sarawak 5 months ago
TEMPAT KEJADIAN… Pasukan bomba dan polis berada di lokasi kejadian, petang tadi.
 

SIBU: Seorang pekerja kapal warganegara India hilang dipercayai terjatuh dari kapal yang sedang mengorek pasir di Sungai Rajang, Jalan Stabau, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 3.10 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bergegas ke lokasi kejadian.

“Komander operasi mengambil maklumat kejadian dan keterangan daripada rakan mangsa. 

“Selepas mengisi minyak kren, mangsa pergi menyimpan barang ke dalam stor yang berada di belakang kapal namun mangsa tidak dijumpai selepas itu,” kata kenyataan itu.

Kenyataan memberitahu, maklumat daripada rakan mangsa semasa kejadian kapal tempat mangsa bekerja berada 1 km meter di tengah Sungai Rajang.

“Operasi ditangguhkan pada 5.00 petang dan akan disambung pada keesokan pagi bersama agensi lain,” katanya.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Salah seorang individu selamat, dua lagi ditemui masih tunggu pengesahan pihak hospital   
Next: Polis henti operasi cari tentera dipercayai dihanyut kepala air di Royal Belum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.