Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak mula eksport hidrogen ke Jepun pada 2028 
  • BISNES

Sarawak mula eksport hidrogen ke Jepun pada 2028 

Utusan Sarawak 5 months ago

KUCHING: Sarawak terus memacu transformasi ekonomi hijau dengan melangkah lebih jauh dalam kerjasama antarabangsa, khususnya dengan Jepun dan Korea dalam industri tenaga hidrogen.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak memberi tumpuan terhadap ekonomi berteraskan tenaga hidrogen dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon.

“Kerjasama ini sangat penting kerana Jepun dan Korea merupakan peneraju global dalam menangani masalah pelepasan karbon dan pengeluaran tenaga hijau.

“Pada masa sama, Sarawak juga akan menjual hidrogen ke negara-negara lain yang membuka peluang besar dalam pasaran tenaga bersih global.

“Pada 2028 kita akan keluarkan hidrogen untuk kita eksport ke Jepun. Pada masa sama kita dapat jual ke negara luar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Temu Bual Khas Pasca-Belanjawan Sarawak 2025 terbitan TVS yang dihoskan pakar ekonomi dari Universiti Malaya dan ahli Majlis Profesor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali.

Sehubungan itu, Sarawak katanya, sedang membangunkan sistem pengangkutan awam berasaskan hidrogen Aliran Transit Autonomi (ART) yang pertama di Asia Tenggara.

Infrastruktur untuk ART kini dalam pembinaan dan dijangka menjadi perintis dalam teknologi pengangkutan hijau di rantau ini.

“Kami berharap Sarawak menjadi yang pertama di Asia Tenggara dalam menggunakan hidrogen sebagai sumber tenaga untuk pengangkutan awam, yang akan mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kecekapan tenaga,” katanya. – TVS

Continue Reading

Previous: Ringgit jatuh tiga hari berturut-turut berbanding dolar AS
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.