LAWAS: Saberkas Cawangan Bukit Sari telah merangka pelbagai program dan aktiviti untuk dilaksanakan tahun depan.
Pengerusi Saberkas Cawangan Bukit Sari, Kr Abu Bahrin Reduan antaranya memastikan agar program Bubur Lambuk Ramadan dan Karnival Belia Lawas Aktif(BLX) terus menjadi agenda utama badan induk Saberkas Cawangan Bukit Sari.
Program lain adalah masing-masing dari enam unit Saberkas yang bernaung dibawah Saberkas Cawangan Bukit Sari.
Unit-unit telibat ialah Unit Bandar Lawas, Unit Punang, Unit Merapok, Unit Kuala Lawas, Unit Sundar dan Unit Trusan.
“Bagi mengakhiri program tahun ini Saberkas Cawangan Bukit Sari akan mengadakan kerjasama dengan MAKSAK Bahagian Limbang dalam penyampaian sumbangan Krismas untuk pesakit di wad hospital Lawas dibawah Dana Prihatin.
“Selain itu kita ada kunjungan Krismas bersama Saberkas Cawangan Ba’kelalan ke kediaman Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong semasa perayaan krismas kelak, “katanya pada perbincangan takwim Saberkas Cawangan Bukit Sari di sini hari ini.
Oleh ADENG EDRUS