Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hospital Sibu larang sebarang aktiviti pembakaran serta-merta
  • Tengah
  • WILAYAH

Hospital Sibu larang sebarang aktiviti pembakaran serta-merta

Utusan Sarawak 6 months ago

SIBU: Hospital Sibu melarang sebarang aktiviti pembakaran barang dan peralatan termasuk bagi tujuan keagamaan di kawasan hospital tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Hospital Sibu dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hospital itu hari ini memberitahu, larangan itu diperkenalkan bagi memastikan keselamatan pesakit, kakitangan dan pelawat hospital.

Menurut kenyataan itu, kawasan hospital berhampiran dengan sistem bekalan oksigen perubatan dianggap sebagai zon berisiko tinggi. 

Sebarang aktiviti pembakaran terbuka boleh mencetuskan insiden berbahaya seperti kebakaran atau letupan.

“Pihak hospital memohon kerjasama semua pihak mematuhi larangan ini demi keselamatan dan kesejahteraan bersama,” kata kenyataan itu.

Pihak pengurusan turut menegaskan langkah ini selaras dengan prosedur keselamatan ketat dilaksanakan bagi memastikan kawasan hospital bebas daripada sebarang risiko yang boleh membahayakan nyawa.

Orang ramai yang berkunjung ke hospital dinasihatkan supaya memahami dan menghormati peraturan ini bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sesi taklimat tapak PMR diadakan di Rumah Augustine Mat Rentap
Next: Lima organisasi terima peruntukan MRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.