PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi malam tadi menghadiri majlis Makan Malam Mahabbah yang dianjurkan oleh kakitangan Astana Negeri Sarawak.
Majlis diadakan di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, itu diadakan dalam suasana penuh keakraban dan kemesraan.
Sebagai tanda sokongan terhadap pendidikan agama, Wan Junaidi dan isteri turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 20 pelajar Madrasah Tahfiz Bidayatul Muhtadin dari Kampung Siol Kandis.
Wan Junaidi berharap sumbangan tersebut dapat memberikan manfaat kepada pelajar, serta menjadi dorongan untuk mereka terus berjaya dalam menuntut ilmu agama dan mencapai kecemerlangan dalam akademik.