Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM laksana khidmat khas tangkap ular
  • Tengah
  • WILAYAH

APM laksana khidmat khas tangkap ular

Utusan Sarawak 6 months ago
DITANGKAP... Anggota APM Sarikei menangkap ular di luar beranda rumah, Lorong 2D, Taman Susur Jambu. Foto APM Sarikei 

SARIKEI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei telah menjalankan khidmat khas menangkap ular, petang semalam. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 3.35 petang. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, lima orang anggota APM Sarikei diketuai oleh Koperal (PA) Jeffery Dunging Jeliboh bergegas ke lokasi di Lorong 2D, Taman Susur Jambu.

“Setibanya di lokasi, operasi mengesan ular dijalankan dan didapati seekor ular daun berada di luar beranda rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, ular daun sepanjang satu meter berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang tiga minit. 

“Pasukan APM Sarikei berjaya menangkap dan menjerut ular daun di luar beranda rumah tersebut. 

“Operasi menangkap ular selesai sepenuhnya pada 3.55 petang,” katanya. 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Agensi utiliti perlu kerjasama atasi masalah air, elektrik, internet di Lawas
Next: APM Sarikei bantu hantar pesakit ke hospital  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.