Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Harapan Ketua Pemuda PBB Lingga baharu, mahu galas amanah sebaik mungkin
  • WILAYAH

Harapan Ketua Pemuda PBB Lingga baharu, mahu galas amanah sebaik mungkin

Utusan Sarawak 6 months ago

Abdul Rahim (enam dari kiri) bersama barisan Pemuda PBB Cawangan Lingga.

SIMANGGANG: Menggalas tugas sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga bukanlah sesuatu yang mudah.

Bagaimanapun, Ketua Pergerakannya yang baharu, Abdul Rahim Jamil, 39, berazam akan menggalas tugasnya dengan baik setanding dengan barisan pemimpin terdahulu.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk memikul tanggung jawab sebagai Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Lingga yang baharu bagi sesi 2024-2027.

“Amanah ini adalah satu kehormatan besar sekali gus tanggungjawab yang tidak ringan. 

“Saya berjanji untuk melaksanakan tugas dan amanah ini dengan sebaik-baiknya, dengan PBB menjadi tulang belakang Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Paling penting ialah bagaimana kita dapat mengekalkan pencapaian cemerlang sekarang dan memastikan PBB kekal kuat dalam arena politik negara,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak.

Baru-baru ini, Abdul Rahim dipilih selepas menang dalam proses undian yang diadakan semasa mesyuarat berlangsung apabila beliau memperoleh sebanyak 115 undi menewaskan Awangku Hafizi Awang Azahari dengan 77 undi.

Beliau yakin dengan barisan Exco Pemuda Cawangan dapat bersama-samanya dan dibantu oleh ketua-ketua Pemuda Ranting PBB Cawangan Lingga.

“Terima kasih juga kepada YB Dayang Noorazah Awang Sohor iaitu Ketua Cawangan PBB Lingga serta Exco Induk diatas kepercayaan yang diberi,” katanya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Bomba pantau paras air di Sungai Kawi
Next: Agensi utiliti perlu kerjasama atasi masalah air, elektrik, internet di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.