Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular tedung menyelinap dalam tandas rumah
  • WILAYAH

Ular tedung menyelinap dalam tandas rumah

Utusan Sarawak 6 months ago

TANGKAP...Pasukan bomba berusaha menangkap ular tedung selar yang ditemui dalam tandas di sebuah kediaman di Sofionne Villa, Jalan Riverview di Miri.

MIRI: Ular tedung selar sepanjang dua meter ditemui dalam tandas di sebuah kediaman di Sofionne Villa, Jalan Riverview di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan ular berbisa itu pada 5.30  petang.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian , didapati seekor ular tedung berukuran lebih kurang  tujuh kaki panjang berada di dalam tandas rumah pelapor.

“PKO bertindak menangkap ular tersebut dengan menggunakan penjerut,” katanya.

Henry berkata, usaha menangkap ular itu mengambil masa tujuh  minit dan operasi  tamat sepenuhnya 5.42 petang.

“Ular itu kemudiannya dilepaskan semula ke habitat asalnya yang berada jauh dari penempatan penduduk,” katanya.

Continue Reading

Previous: 528 penerima terima sumbangan bakul makanan sempena Krismas di Lundu  
Next: Lima tapak projek mesra rakyat diserah kepada kontraktor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.