Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki bawa pedang samurai di tempat awam diberkas
  • JENAYAH

Lelaki bawa pedang samurai di tempat awam diberkas

Utusan Sarawak 6 months ago

KAPIT: Tindakan pantas polis berjaya menangkap seorang lelaki bersama sebilah pedang samurai di kawasan awam, dipercayai untuk menyerang rakan-rakannya selepas perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Rohana Nanu berkata, insiden itu berlaku sekitar 7.30 malam di kawasan tandas awam, Rabu lalu.

Menurutnya, suspek berusia 46 tahun itu berada di bawah pengaruh alkohol bertindak agresif sebelum pihak polis tiba di lokasi.

“Suspek berjaya ditahan sebelum situasi menjadi lebih parah dan senjata tajam yang dibawa turut dirampas sebagai bahan bukti.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengingatkan masyarakat agar tidak membawa atau memiliki senjata berbahaya seperti parang, pisau lipat, lembing, kapak kecil dan senjata lain yang disenaraikan dalam Jadual Kedua akta tersebut tanpa alasan sah.

“Sesiapa yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih sepuluh tahun serta sebatan,” tegasnya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Rugi RM43,351 ditipu tawaran kerja sambilan
Next: Cubaan seludup dadah dalam kotak minuman di KLIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.