Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sentuhan ajaib Salah diperlukan Liverpool 
  • SUKAN

Sentuhan ajaib Salah diperlukan Liverpool 

Utusan Sarawak 6 months ago

Mohamed Salah

LONDON: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, mengharapkan lebih banyak keajaiban daripada Mohamed Salah apabila mereka bertemu Everton dalam pertembungan derby Merseyside terakhir di Goodison Park.

Chelsea pula akan berdepan Tottenham selepas muncul sebagai pencabar gelaran yang tidak dijangka ketika pengurus West Ham, Julen Lopetegui dan pengurus Wolves, Gary O’Neil, bersaing untuk mengelak dipecat.

Prestasi cemerlang Mohamed Salah boleh menjadi penawar yang ideal kepada peminat Everton yang menggila apabila Liverpool bertandang ke Goodison Park.

Everton akan menjadi tuan rumah melayan The Reds buat kali terakhir di stadium yang menjadi rumah mereka selama 132 tahun dalam perlawanan liga utama esok dengan Toffees dijadualkan berpindah ke stadium baru di Bramley Moore Dock menjelang musim depan.

Goodison sentiasa menjadi tempat yang penuh cabaran buat Liverpool, tetapi pertembungan kali ini lebih bermakna buat peminat Everton yang dijangka akan lebih bersemangat daripada biasa.

“Saya berharap ia akan membawa peminat kami ke hadapan,” kata pengurus Everton, Sean Dyche.

Liverpool pastinya dapat meredakan suasana itu jika bintang Mesir, Salah, dapat meneruskan prestasi cemerlangnya.

Khamis lalu, Salah, yang menjaringkan gol kesembilan dalam tujuh perlawanan liga terakhirnya, meledak dua gol ketika seri 3-3 menentang Newcastle, mengatasi rekod Wayne Rooney dengan menjaringkan dan memberikan bantuan gol dalam perlawanan Liga Perdana yang sama untuk kali ke-37.

Salah akan tamat kontrak pada penghujung musim dan minggu lalu berkata, dia “kecewa” dengan kegagalan kelab itu untuk menawarkannya perjanjian baharu.

Tetapi, dengan 15 gol dalam semua pertandingan musim ini, membuktikan betapa bernilainya Salah kepada pengendali baharu Liverpool, Arne Slot.

“Setiap kali kami memerlukan Mo Salah dia menjaringkan gol. Kami berharap dia dapat terus melakukannya untuk jangka masa yang panjang,” katanya.

Sementara itu ketika Enzo Maresca tiba di Stamford Bridge Jun lalu, bos baharu Chelsea itu dilihat sebagai mewarisi tugas yang mustahil.

Diberi tanggungjawab untuk menguruskan skuad yang besar, dipenuhi dengan pemain muda yang berbakat tetapi kurang mencapai potensi mereka, sambil berdepan dengan pemilik bersama Chelsea, Todd Boehly dan Behdad Eghbali yang semakin mendesak.

Maresca mengambil risiko besar dengan meninggalkan Leicester yang baru dipromosikan untuk menggantikan Mauricio Pochettino.

Namun, enam bulan kemudian, Maresca kini mendapat sorakan peminat Chelsea ketika mereka melakar kemenangan 5-1 di Southampton Khamis lalu.

Kemenangan yang memberi impak besar oleh pengendali berusia 44 tahun itu dalam tempoh masa yang singkat. – AFP

Continue Reading

Previous: Desmond Hii – Wong Kiing Hing johan kategori berpasukan novis lelaki
Next: Messi dinobat Pemain Paling Bernilai MLS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.