Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pasaran Korea Selatan ‘semakin stabil’ selepas insiden undang-undang tentera
  • GLOBAL

Pasaran Korea Selatan ‘semakin stabil’ selepas insiden undang-undang tentera

Utusan Sarawak 6 months ago
FotoAFP

SEOUL: Pihak berkuasa ekonomi dan kewangan tertinggi Korea Selatan pada Jumaat memaklumkan bahawa pasaran kewangan dan pertukaran asing negara itu “semakin stabil” selepas kejadian pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat awal minggu ini. 

Penilaian itu dibuat dalam mesyuarat tergempar bagi menilai potensi kesan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol pada Selasa, yang kemudiannya dibatalkan dalam tempoh beberapa jam oleh Dewan Negara, lapor Agensi Berita Yonhap. 

Mesyuarat pada Jumaat itu dihadiri oleh Menteri Kewangan Choi Sang-mok, gabenor Bank of Korea serta ketua Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan dan Perkhidmatan Penyeliaan Kewangan. 

“Pasaran kewangan dan pertukaran asing secara keseluruhan menunjukkan trend stabil, disokong oleh langkah penstabilan pasaran oleh kerajaan,” menurut kementerian kewangan memetik kenyataan mesyuarat. 

Berdasarkan kes lepas, kesan faktor politik atau bukan ekonomi lazimnya bersifat sementara dan terhad, menurut kementerian. 

Bagaimanapun, Choi berkata kerajaan akan terus mengekalkan pasukan tindak balas pemantauan 24 jam yang ditubuhkan susulan kekacauan akibat undang-undang itu dengan mengambil kira ketidaktentuan yang masih berterusan daripada faktor tempatan dan luaran. – Bernama – Yonhap 

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Cubaan seludup 5,000 kura-kura telinga merah gagal
Next: 3 pendaki maut selepas hilang lima hari di Gunung Cook

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.