Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter
  • GLOBAL

Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter

Utusan Sarawak 6 months ago

Amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda luar pantai California pada Khamis ditarik balik, menurut pihak berkuasa.

WASHINGTON: Amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda luar pantai California pada Khamis ditarik balik, menurut pihak berkuasa. 

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka, lapor Agensi Anadolu. 

Amaran itu kemudiannya ditarik balik oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS), dengan memaklumkan di laman sesawangnya: “Tiada Amaran, Nasihat, Pemantauan atau Ancaman Tsunami.” 

Amaran tsunami sebelum ini melibatkan negeri California dan Oregon. 

Penduduk di kawasan pantai utara California dan sebahagian Lembah Tengah mendakwa merasai gegaran, namun tiada laporan mengenai kerosakan setakat ini.

— BERNAMA-AA 

Continue Reading

Previous: Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales tahun lepas
Next: Cubaan seludup 5,000 kura-kura telinga merah gagal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.