Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penjawat awam kerajaan Pahang terima bonus satu bulan setengah gaji, dibayar tahun depan  
  • NASIONAL

Penjawat awam kerajaan Pahang terima bonus satu bulan setengah gaji, dibayar tahun depan  

Utusan Sarawak 6 months ago
MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2025 dengan tema ‘Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, hari ini. Wan Rosdy dalam pembentangan tersebut turut mengumumkan, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan Pahang. BKK berkenaan melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM33.3 juta akan dikreditkan kepada penjawat awam terbabit pada tahun depan. FotoBERNAMA

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dikreditkan pada tahun depan. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2025 dengan tema ‘Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan’ berkata, bayaran berkenaan melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM33.3 juta. 

“Sebagai menghargai sumbangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan kerja baik dan meningkatkan pencapaian di masa hadapan, saya mengumumkan suatu bantuan khas kewangan kepada anggota perkhidmatan awam kerajaan Negeri Pahang. 

“Untuk itu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji kepada setiap penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan Pahang,” katanya di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini. 

Beliau berkata, kerajaan negeri juga turut bersetuju untuk menerima pakai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebagaimana diumumkan kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, pelaksanaan SSPA yang akan mula dibayar bermula Disember 2024 sebanyak lapan peratus dan baki tujuh peratus bermula Januari 2026, melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM55.014 juta.

“Selain itu, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penjawat awam yang terus menerus memberikan dukungan dan keyakinan dalam melaksanakan amanah ini. Sikap profesionalisme dan saling menghormati menjadi adunan penting dalam memastikan Pahang kekal maju dan makmur,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir meningkat mendadak, Kelantan catat angka tertinggi
Next: Banjir: Cuti anggota Jemaah Menteri dibekukan – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.