Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Taikun Ananda Krishnan meninggal dunia pada usia 86 tahun
  • NASIONAL

Taikun Ananda Krishnan meninggal dunia pada usia 86 tahun

Utusan Sarawak 6 months ago

Ananda Krishnan

KUALA LUMPUR: Taikun perniagaan, Ananda Krishnan meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

Berita itu disahkan oleh syarikat pegangan pelaburan yang diterajui beliau, Usaha Tegas Sdn Bhd, menerusi satu kenyataan.

“Dengan penuh rasa dukacita yang mendalam, kami mengumumkan pemergian Pengerusi, Ananda Krishnan Tatparanandam, yang meninggal dunia dengan tenang pada 28 Nov, 2024.

“Beliau telah membuat sumbangan besar untuk pembinaan negara serta dunia korporat, dan sifat dermawan beliau dalam usaha kebajikan telah memberi manfaat kepada banyak pihak. Kami dengan rendah hati memohon agar hasrat keluarga untuk berkabung secara tertutup dapat dihormati,” menurut syarikat itu.

Ananda, dilahirkan pada 1 April, 1938 di Brickfields, di sini dengan nama penuh Tatparanandam Ananda Krishnan atau T. Ananda Krishnan, menjadi antara tokoh perniagaan terkemuka Malaysia dan disenaraikan sebagai satu daripada individu terkaya di negara ini.

Ananda, lulusan Harvard Business School, memulakan Usaha Tegas dan kemudian mengasaskan Maxis Communications dan MEASAT Broadcast Network Systems.

Kepimpinannya telah mendorong Maxis menjadi antara penyedia telekomunikasi terkemuka di Malaysia.

Menurut senarai bilionair terkini Forbes, nilai bersih Ananda adalah AS$5.1 bilion pada 27 Nov, 2024, meletakkan mendiang sebagai individu ke-667 terkaya di dunia.

Beliau meninggalkan seorang anak lelaki, yang kemudian menjadi sami Buddha, serta dua anak perempuan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lima pos statik PGA di sempadan ditutup akibat banjir
Next: UPM tukar semula nama ke Universiti Pertanian Malaysia?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.