Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masa depan trio Liverpool cetus persoalan
  • SUKAN

Masa depan trio Liverpool cetus persoalan

Utusan Sarawak 6 months ago

Kontrak tiga pemain Liverpool, (dari kiri) Trent Alexander-Arnold, Virgil van Dijk dan Mohamed Salah akan berakhir musim ini. - Foto Liverpool FC

LIVERPOOL: Arne Slot bermula hebat sebagai pengendali Liverpool, tetapi masa depan tiga bintangnya – Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold – yang belum terjamin membayangi musim cemerlang kelab itu.

Liverpool menuju aksi penting Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid esok dengan kelebihan lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris, hasil permulaan baik Slot di Anfield.

Pengendali dari Belanda itu memenangi 16 daripada 18 perlawanannya selepas menggantikan Jurgen Klopp.

Salah, 32, menjadi tunjang dalam permulaan cemerlang Liverpool dengan meledak 12 gol dan membantu 10 lagi di semua pertandingan.

Bagaimanapun masa depan bintang Mesir itu terus mencetus spekulasi apabila dia berkata kedudukannya lebih cenderung untuk meninggalkan Anfield.

Salah, kapten Van Dijk dan Alexander-Arnold, 26, akan tamat kontrak pada akhir musim ini. Mereka boleh berunding dengan kelab luar bermula Januari.

Van Dijk, 33, pada bulan lalu mendedahkan yang dia sudah mula berunding berkenaan melanjutkan kontraknya.

Alexander-Arnold bakal berdepan majikan baharunya esok, dengan Madrid dikatakan sedia menandatanganinya sebagai ejen bebas. – AFP

Continue Reading

Previous: Kim Swee jurulatih baharu Kelab Indonesia, Persis Solo
Next: Liverpool benam Real Madrid 2-0, cetus kekalahan ketiga 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.