Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
  • GLOBAL

Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham

Utusan Sarawak 6 months ago

AMSTERDAM: Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan “tranche” kedua program pembelian balik sahamnya.

Airbus semalam berkata, ia merancang untuk membeli balik sehingga 2.12 juta saham antara 25 November dan 24 Januari sebagai sebahagian daripada rancangan keseluruhan untuk membeli balik sehingga 4.25 juta saham, lapor agensi berita Jerman dpa.

Program pembelian balik saham ini bertujuan untuk menyokong program pemilikan saham pekerja masa depan serta pelan pampasan berasaskan saham.

Airbus telah melantik sebuah firma pelaburan untuk menguruskan “tranche” kedua program ini, yang akan melibatkan pembelian sehingga 2,127,000 saham.

“Tranche” pertama program ini melibatkan sehingga 2.12 juta saham dan telah selesai pada 4 Oktober. Pembelian balik keseluruhan sebanyak 4.25 juta saham dijangka selesai menjelang 31 Mac.

Pada Jumaat, dagangan biasa Airbus ditutup pada harga AS$146.72. – Bernama – dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 17 hilang bot safari karam berhampiran Marsa Alam, Mesir
Next: AS yakin perjanjian gencata senjata hampir tercapai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.