DOHA: Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika membantu Al-Nassr menewaskan Al-Gharafa 3-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Qatar.
Sumbangan pemain 39 tahun itu meletakkan kelab Arab Saudi berkenaan semakin hampir dengan suku akhir, memerlukan hanya dua mata lagi daripada tiga perlawanan terakhir kumpulan.
Kapten Al-Nasrr, Ronaldo membuka jaringan di Stadium Al-Bayt pada minit pertama babak kedua apabila dia menanduk hantaran Sultan Al-Ghannam.
Al-Nassr melebarkan jurang menerusi Angelo Gabriel, pemain yang ditandatangani dari Chelsea pada musim panas lalu, pada minit ke-58, sebelum pemain Brazil itu mengumpan bola untuk gol kedua Ronaldo.
Jaringan itu adalah gol keempat penyerang Portugal berkenaan dalam kejohanan ini sebelum dia digantikan pada minit ke-74.
Al-Gharafa merapatkan jurang menerusi Joselu, bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid.
Al-Nassr kini belum tewas dalam lima perlawanan dan melonjak ke tangga kedua kumpulan 12 pasukan zon Barat. – AFP