Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Napie Spider meninggal dunia
  • HIBURAN

Napie Spider meninggal dunia

Utusan Sarawak 7 months ago

Allahyarham Hanafi Hamdan atau lebih dikenali sebagai Napie.

KUALA LUMPUR: Gitaris kumpulan Spider Hanafi Hamdan atau lebih dikenali sebagai Napie meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada 3.54 pagi tadi akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Berita pemergian Allahyarham disahkan isterinya Norasidah Said ketika dihubungi Bernama.

“Arwah suami terlantar di atas katil dan tak boleh bergerak sejak empat bulan lepas setelah diserang angin ahmar. Keadaannya semakin merosot dan malam tadi dikejarkan ke hospital.

“Doktor sahkan ada jangkitan kuman di paru-paru,” katanya.

Norasidah berkata jenazah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Country Homes, Rawang selepas solat Jumaat.

Napie, 51, bersama Spider sejak awal penubuhan kumpulan rock itu di Johor Bahru, Johor pada 1996.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Konsert ‘Tribute To P.Ramlee’ Jumaat, Sabtu ini
Next: Daus Eli tampil single kelima berjudul ‘Terukir’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.