
A maintenance worker, wearing a face mask as a preventive measure against the spread of the COVID-19 novel coronavirus, stands in the middle of the railway track on the Long Bien bridge in Hanoi on April 1, 2020. - Vietnam's Prime Minister Nguyen Xuan Phuc announced on March 31 that Vietnam would be under "complete social isolation" for two weeks beginning April 1. (Photo by Nhac NGUYEN / AFP)

HANOI: Vietnam masih berjaya mengekalkan sifar kes baharu Covid-19 untuk tempoh 62 hari berturut-turut menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kekal 335 tanpa kematian, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19.
Antara kes jangkitan itu membabitkan 195 kes import, yang dikuarantin semasa ketibaan, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Jumlah pesakit sembuh pula keseluruhannya seramai 325.
Daripada 10 kes disahkan yang masih menerima rawatan, empat diuji negatif untuk SARS-CoV-2, sekurang-kurangnya dua kali.
Seramai 7,250 kontak rapat pesakit atau mereka yang pernah mengunjungi kawasan terjejas wabak sedang dikuarantin di hopsital, pusat kuarantin dan di rumah. – Bernama