KAPIT: Mangsa yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam berhampiran Nanga Makoh Batang Rajang ditemukan meninggal dunia pada pukul 3.30 petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, mayat Bubut Benang,57, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Nanga Makoh.
“Mayat mangsa dibawa ke Dermaga Kubu dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi SAR ditamatkan pada 4.50 petang,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.
Selasa lepas, dalam kejadian sekitar jam 5 petang, semasa dalam perjalanan dari Nanga Benin Rumah Belaja menuju ke pekan Kapit, bot (jenis fiber) 15 kuasa kuda yang mangsa naiki telah telanggar batu di tengah-tengah sungai berhampiran Nanga Makoh Batang Rajang, menyebabkan bot yang mereka naiki telah karam.
Isteri (pelapor) dan pekerja mangsa telah berjaya menyelamatkan diri, namun pemandu bot iaitu suami kepada si pelapor tidak dijumpai.