LIMBANG: Dua guru lelaki berjaya menyelamatkan diri selepas kuarters guru yang mereka diami ranap dalam kebakaran hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, Clarence D.Primus Tiandun berkata kejadian yang berlaku sekitar jam 7 pagi tadi menyebabkan kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Danau hampir musnah keseluruhannya.
“Dua orang guru yang mendiami rumah tersebut berjaya keluar menyelamatkan diri dan operasi pemadaman dilakukan sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
“Kebakaran tiada melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya.
Clarence berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Operasi ditamatkan pada jam 9.25 pagi setelah bomba memastikan keadaan semua selamat.
Oleh ADENG EDRUS