Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Projek SSLR dijangka siap 2029
  • TEMPATAN

DUN: Projek SSLR dijangka siap 2029

Utusan Sarawak 7 months ago

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) bagi menghubungkan Miri, Limbang, Lawas dan Sabah tanpa melalui negara Brunei dijangka siap pada suku ketiga 2029.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata projek SSLR Fasa 1 sedang berjalan dengan kemajuan fizikal sebanyak 40.20 peratus pada Oktober 2024 dan dijadualkan siap pada suku keempat 2026

“SSLR Fasa 1 sepanjang 76 kilometer (km) dengan kos projek sebanyak RM1.02 bilion itu meliputi kawasan dari Simpang Gelugus ke  Long Luping,” katanya ketika menggulung perbahasan di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Uggah berkata SSLR Fasa 2 menjangkau kira-kira 322km, dengan kos projek sebanyak RM7.15 bilion dijangka siap pada 2029.

Katanya, kontraktor memulakan pembersihan tapak dan kerja tanah untuk Pakej 2 pada Ogos 2024, meliputi kawasan dari Long Seridan ke Nanga Medamit. 

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: RM9.5 bilion untuk 712 projek rakyat
Next: Hasil kutipan lukisan berasaskan kopi bakal diberi kepada dua sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.