Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Danial hasilkan single terbaharu ‘Aku Salah’
  • HIBURAN

Danial hasilkan single terbaharu ‘Aku Salah’

Utusan Sarawak 6 months ago

KUCHING: Baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Carta 10 Sarawak FM Julai tahun ini, Danial Manshor kini mengeluarkan ‘buah tangan’ baharu buat peminat menerusi single terbaharu yang diberi nama ‘Aku Salah’.

Dia berhasrat untuk mengulangi fenomena lagu hits ’Beku’ iaitu single pertamanya yang dinobatkan sebagai naib juara bagi kategori Lagu Terbaik pada Anugerah Carta 10 Sarawak FM.

Menurut anak kelahiran Rampangi Kuching itu, lagu berentak jazz dan sedikit ringan itu merupakan hasil tangan komposer yang sama bagi single pertamanya, iaitu Sudirsobri Musar.

“Lagu ini mengisahkan hubungan suami isteri yang sudah ’dingin’, penyesalan seorang suami dan usaha yang dilakukannya untuk ‘menyalakan’ kembali api cinta mereka sekali gus memujuk isterinya untuk terus mempertahankan hubungan mereka.

BERSAMA RAKAN ARTIS… Danial Manshor merakamkan gambar bersama barisan rakan artis yang turut hadir semasa konsert Hafiz Suip – Perjalananku di Kuching, baru-baru ini.
TAHNIAH… Danial Manshor merakamkan gambar bersama komposer lagu ’Beku’ di Anugerah Carta 10 Sarawak FM 2024.

“Lagu ini telah saya persembahkan buat pertama kali kepada kepada para peminat semasa menjadi artis jemputan untuk konsert Hafiz Suip – Perjalananku yang berlangsung di Pusat Acara Hikmah Exchange, baru-baru ini,” kongsinya kepada Utusan Sarawak.

Teruja dengan sambutan yang diberikan pada malam tersebut, pihak produksi katanya bersetuju untuk menghasilkan sebuah muzik video yang mendapat sentuhan pengarah berbakat, Ain Suhada Ahmad.

Kongsinya, muzik video itu dirakam di sekitar Kuching dan menampilkan Danial sebagai watak utama dan isterinya sendiri, Rose Indah yang memegang watak isteri kepadanya dalam muzik video itu.

”Selain menjadi pengalaman berharga, ia juga menjadi kenangan yang agak lucu buat saya kerana melakonkan watak suami isteri bersama isteri saya sendiri sedangkan hubungan itu bukan lakonan di dunia nyata.

PENUH PENGHAYATAN… Danial Manshor ketika menyanyikan lagu ’Aku Salah’ ketika menjadi artis jemputan bagi konsert Hafiz Suip – Perjalananku.

”Lagu dan muzik video Aku Salah akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Disember ini manakala lagu tersebut boleh didapati di semua platform digital bermula hujung November ini.

”Aku Salah merupakan sebahagian dari projek Tiga Suara Kenyalang yang diterbitkan oleh Sudiz Resources dan mendapat sokongan dari Kementerian Komunikasi dan My Creative Venture,” tambahnya.

Danial yang melonjak naik menerusi lagu ’Beku’ berkata, meskipun masih ’setahun jagung’ dalam dunia hiburan, dia bersyukur kerana sering mendapat undangan untuk persembahan majlis korporat,majlis rasmi kerajaan, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman dalam bidang nyanyian, Danial berkata dia mempelbagaikan kegiatan muzik seperti ’busking’ dan menyertai pertandingan nyanyian.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Biduanita negara, Siti Nurhaliza memukau 18,000 peminat di Pesta Muzik CUCKOOTOPIA 
Next: Konsert ‘Tribute To P.Ramlee’ Jumaat, Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.