Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 25 projek jalan luar bandar diluluskan di Parlimen Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

25 projek jalan luar bandar diluluskan di Parlimen Sarikei

Utusan Sarawak 6 months ago
TAKLIMAT…. Sesi taklimat bersama pihak JKR dan Kapitan Ling Dien Yong di bilik mesyuarat Pusat Wakil Rakyat P208 Sarikei. 
 

SARIKEI: Sebanyak 25 projek jalan di luar bandar telah diluluskan di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) di Parlimen Sarikei. 

Projek tersebut adalah di bawah peruntukan yang dimohon oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii kepada Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak untuk membantu rakyat menaik taraf infrastruktur. 

Sebanyak 22 projek ini dilaksanakan di kawasan Meradong, manakala tiga projek lagi di kawasan Repok. 

Ia dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat. 

Hari ini, satu sesi taklimat telah diadakan di bilik mesyuarat Pusat Wakil Rakyat P208 Sarikei yang dianjurkan oleh pihak agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kapitan Ling Dien Yong bagi Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok.

Perbincangan adalah menyentuh aspek teknikal dan juga lain-lain perkara berbangkit seterusnya bagi menyediakan skop kerja agar menepati keperluan penerima berpandukan peruntukan yang disediakan.

Ketika dihubungi, Tiong Sii berharap apabila projek-projek tersebut siap nanti, ia akan dapat memberi impak menyeluruh ke atas pembangunan sosioekonomi di kawasan luar bandar. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buaya dalam parit depan rumah
Next: Bot karam: Pencarian mangsa hilang di Nanga Makoh Batang Rajang dimulakan pagi tadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.