SARIKEI: Penghuni salah sebuah rumah di Lorong 4, Jalan Raflesia di sini terkejut apabila terlihat buaya di dalam parit depan rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.59 pagi tadi.
“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba bergegas ke lokasi penemuan buaya.
“Setibanya di lokasi, didapati seekor buaya berukuran anggaran sepanjang dua meter berada di dalam parit hadapan rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, buaya ditangkap menggunakan alat penjerut.
“Buaya berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 22 minit.
“Ia dibawa balik ke balai dan seterusnya akan diserahkan kepada pihak perhilitan.
“Operasi menangkap buaya selesai sepenuhnya pada jam 7.28 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek