SIBU: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak 15 November lalu di No. 665, Batu 7 ½, Jalan Oya, Kampung Jeriah.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan tersebut pada 16 November, sekitar jam 4.31 petang, di Balai Polis Sibu Jaya.
Menurut laporan pengaduseorang lelaki Melayu, menyedari bapanya tiada di rumah sejak 15 November, lebih kurang jam 2 petang.
“Mangsa dilaporkan keluar rumah dan belum pulang sehingga kini.
“Semasa kejadian, warga emas berkenaan kemeja-T berkolar berwarna hitam dan seluar sukan hitam.
“Beliau berbadan kurus, ketinggian sekitar 154 sentimeter dan berkulit hitam manis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zulkipli berkata, operasi mencari dan menyelamat kini sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sibu dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat Sibu serta Angkatan Pertahanan Awam Sibu.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Polis Balai Sibu Jaya atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Rodua Tayo di talian 013-8420588, atau menghubungi Balai Polis Sibu Jaya di nombor 084-236343.