MIRI: Polis mengesahkan dua bungkusan yang dijumpai di salah sebuah masjid di Senadin di sini tengah hari semalam yang didakwa menyerupai bom, tidak mempunyai unsur letupan.
Ketua Polis Daerah Miri, Alexson Naga Chabu berkata hasil siasatan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Daerah Miri di lokasi berkenaan mendapati bungkusan itu hanya mengandungi kertas, plastik dan tasbih.
“Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kes ini disiasat dibawah Seksyen Kanun 298/506 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan ugutan jenayah berunsur keagamaan.