Jun Hao kandas di final Masters Jepun

Facebook
WhatsApp
Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao terlepas peluang mendapatkan kejuaraan terbesar dalam kariernya setelah tumbang kepada pemain China Li Shi Feng dalam perlawanan akhir Masters Jepun, acara Super 500 Jelajah Dunia hari ini.

Pemain nombor 31 dunia itu kalah 10-21, 13-21 selepas bertarung selama 41 minit di Gimnasium Wilayah Kumamoto.

Ia merupakan kekalahan keempat Jun Hao menentang pemain China itu setelah tewas pada Piala Thomas, Malaysia Masters dan Terbuka Indonesia.

Pemain berusia 25 tahun itu mara ke final selepas mempamerkan aksi menakjubkan dengan kemenangan 10-21, 21-18, 22-20 ke atas juara All England 2024 Jonatan Christie dari Indonesia dalam perlawanan separuh akhir memenatkan selama 71 minit semalam, manakala Shi Feng mengejutkan juara Olimpik dua kali dari Denmark Viktor Axelsen 21-16, 21-15.

Pencapaian terbaik Jun Hao sebelum ini dalam acara Jelajah Dunia ialah muncul naib juara Super 300 Thailand Master pada 2018 selain menjuarai Super 100 Indonesia Masters 2022 dan KL Masters 2023.– BERNAMA

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak