ADUM LIU
MIRI: Pejabat Pusat Khidmat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Senadin dikejutkan lebih 100 orang ramai hingga terpaksa menggunakan perkhimatan polis dan RELA untuk meredakan keadaan di sini pagi semalam.
Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin ketika dihubungi, berkata terdapat lebih 100 orang ramai datang dari Tudan, Permyjaya dan Pujut telah bergumpul di sekitar pejabat itu untuk dapatkan bantuan bekalan makanan.
Lee yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Senadin berkata, bekalan bantuan makanan telah ditempatkan di pusat khidmat untuk diedarkan kepada sekitar 18 kampung dan rumah panjang melalui ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Senadin.
Difahamkan bahawa sekumpulan orang ramai tergesa-gesa telah
berkumpul di hadapan bangunan itu setelah menyaksikan lori dan petugas pemunggahan dan pengambilan bekalan bantuan tersebut.
“Pusat Khidmat SUPP Senadin sentiasa membantu penduduk di kawasan kita, bantuan adalah diutamakan kepada yang benar layak memerlukan dan kurang bernasib baik, dan baru-baru ini kami telah menerima arahan daripada Kerajaan Sarawak untuk membuat persediaan tentang bantuan bekalan makanan.
“Kami telah meminta ketua kampung dan pemimpin masyarakat untuk mengumpul dan menghantar senarai nama penduduk kampung di bawah kumpulan B40 yang memerlukan bantuan ini,” jelasnya.
Sehubungan itu, dipahamkan bahawa Pusat Khidmat Senadin tidak pernah meminta penduduk kampung datang secara peribadi untuk mendapatkan bantuan mereka. “Kejadian seperti ini, pasti terdapat seseorang yang menyampaikan berita palsu kepada mereka untuk datang ke sini,” katanya lagi.
Lee yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Senadin) menambah, sebelum ini telah minta izin daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membiayai bantuan makanan yang disumbangkan oleh rakyat di sini kerana jabatan itu tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi.
“Saya ingin mendesak para penerima untuk bersabar dan tidak terpengaruh dengan sebarang mesej yang tidak disahkan yang telah menjadi kenyataan dalam media sosial,” tambah Lee.