Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hadiah lebih RM3,000 menanti pemenang cabaran Tebingan Sungai Krian
  • Tengah
  • WILAYAH

Hadiah lebih RM3,000 menanti pemenang cabaran Tebingan Sungai Krian

Utusan Sarawak 6 months ago
MOHAMAD Duri bersama pihak penganjur sedang melakukan tinjauan di tapak penganjuran pertandingan memancing di Kampung Perpat.

SARATOK: Hadiah wang tunai berjumlah lebih RM3,000 bakal menanti pemenang Pertandingan Memancing Joran Masi Kampung Perpat 2024, 29 Disember depan.

Jurucakap penganjur, Konselor Saee Ason berkata, pertandingan memancing buat julung kalinya diadakan itu adalah anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengah Perpat sempena sambutan Tahun Baharu 2025.

“Selain hadiah utama berjumlah RM3,000, untuk pemenang ditempat kedua pula akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM800, manakala RM500 untuk tempat ketiga.

“Penerima hadiah saguhati bermula tempat keempat hingga ke-10 masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai RM50,” katanya.

Dalam pada itu, baru-baru ini Saee turut bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri  berkesempatan meninjau kawasan Tebingan Sungai Krian dekat Kampung Tengah Perpat iaitu venue pertandingan itu kelak.

Saee dalam pada itu menjelaskan, antara kategori lain yang dipertandingan pada Pertandingan Memancing Joran Masi Kampung Perpat 2024 iaitu memancing ikan terpantas dan memancing ikan Terusan sahaja seberat 500 gram ke atas RM300.

Sementara itu, Mohamad Duri memuji kesungguhan masyarakat dan penduduk Kampung Perpat dalam misi penganjuran pertandingan pada kali ini. 

“Dengan anjuran aktiviti seperti ini, ia sekaligus akan menarik minat masyarakat luar untuk berkunjung ke Kampung Perpat,” katanya.

Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran bolehlah menghubungi Ketua Kampung Azman Nawi di talian 014-9567535 dan Majit 014-3407012.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: DUN: Selesaikan isu air melalui peruntukan bernilai RM1.72 bilion
Next: Warga emas ditemui selamat tapi lemah setelah hilang tiga hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.