Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN: Projek bekalan air di lima lokasi di Kanowit, Sibu dikemukakan kepada KKDW
  • Tengah
  • WILAYAH

DUN: Projek bekalan air di lima lokasi di Kanowit, Sibu dikemukakan kepada KKDW

Utusan Sarawak 6 months ago
DATUK Dr Abdul Rahman Junaidi. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Projek bekalan air untuk lima kawasan di Kanowit dan Bahagian Sibu telah dikemukakan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah rancangan boleh pinda (Rolling Plan) ke-5 Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) 2025.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata projek yang melibatkan kawasan Majau, Mam, Batu Luking, Poi dan Menalun, kanowit dan Bahagian Sibu itu masih lagi menunggu kelulusan.

“Skop projek itu meliputi kerja-kerja pemasangan paip, pembinaan tangki simpanan air, stesen pam penggalak dan kerja-kerja lain yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Allan Siden Gramong (GPS-Machan) yang bertanya berkenaan status terkini projek tersebut di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata projek itu akan memberi manfaat kepada 754 isi rumah merangkumi 43 kampung dan rumah panjang di kawasan tersebut.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dermaga konkrit di Kampung Jepak siap, selesa untuk pengguna
Next: DUN: Tapak pelupusan sampah baharu di Bukit Gran sedang dinilai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.