Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes tembak: Lelaki maut, dua suspek berjaya ditahan
  • JENAYAH

Kes tembak: Lelaki maut, dua suspek berjaya ditahan

Utusan Sarawak 7 months ago

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik serangan di kawasan tempat letak kereta tingkat empat sebuah hotel di Bintulu.

BINTULU: Seorang lelaki tempatan maut dalam kejadian tembakan yang berlaku di kawasan tempat letak kereta tingkat empat sebuah hotel di sini yang berlaku lewat malam tadi.

Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah, dan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak pasukan ambulans.

Susulan insiden itu, pihak polis segera menjalankan siasatan dan berjaya mengesan serta menahan dua suspek lelaki, warga tempatan dan warga asing berusia sekitar 40-an, di kawasan Miri. 

Polis turut merampas sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kes tersebut

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali, permohonan reman akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Bintulu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Beliau menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dalam menangani sebarang jenayah dan komited untuk menahan semua pihak yang terlibat.

“Justeru, saya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304,” katanya dalam satu kenyataan.

Continue Reading

Previous: Polis selesaikan kes tembak mati lelaki Cina setelah dua suspek ditahan  
Next: Terima upah RM5,000 bawa dadah naik pesawat ke Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.